HOT4D FORUM

PERBINCANGAN MKT INTERNET
 
HOT4D BLOGHOT4D BLOG  HomeHome  PortalPortal  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 JADI LER UNTUK TAHUN NI DARIPADA TANGAN KOSONG

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 482
Join date : 23/05/2009
Location : KUCHING

PostSubject: JADI LER UNTUK TAHUN NI DARIPADA TANGAN KOSONG   Sun May 31, 2009 7:42 am



Jaringan Drogba, Lampard buat Everton gigit jari

LONDON: Chelsea memberi Guus Hiddink hadiah istimewa sebagai tanda perpisahan apabila jaringan kemenangan Frank Lampard membantu pasukan itu menewaskan Everton 2-1 dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Wembley, malam tadi.

Hiddink yang bertindak selaku pengurus sementara akan kembali mengemudi skuad kebangsaan Russia sepenuh masa Jun ini tetapi dia akan sentiasa dikenang di Stamford Bridge selepas memimpin Chelsea mendakap trofi pertama dalam tempoh dua tahun.

Lampard yang meledakkan gol penting bagi pasukan pada minit ke-72 berkata jaringan kemenangan olehnya adalah untuk ibu tersayang yang meninggal dunia, tahun lalu.

“Kami menunjukkan perwatakan baik dan menguasai perlawanan selepas babak pertama,” kata Lampard.

“Gol kemenangan ini juga menceritakan bagaimana ayah saya (Frank senior) menyambut jaringan yang hebat pernah dilakukannya dulu. Ibu saya akan menghargainya.”

Apapun, Everton melakukan permulaan sempurna apabila Louis Saha merembat masuk gol pertama ketika permainan hanya berusia 25 saat untuk merakamkan namanya dalam sejarah Piala FA selaku penjaring terpantas.

Namun, penyerang Ivory Coast, Didier Drogba tampil menanduk masuk pada minit ke-21 sebelum rembatan jarak jauh Lampard mengesahkan kemenangan kelima bagi kelabnya dalam kejohanan itu dan detik ceria buat Hiddink.

Ia juga malam indah buat pemain pertahanan Chelsea, Ashley Cole untuk muncul pemain pertama dalam tempoh lebih 100 tahun untuk memenangi lima pingat Piala FA.

Bagi Drogba ia harus menebus rasa kecewa tewas dalam separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah kepada Barcelona.

“Saya amat gembira. Kami memerlukan untuk memenangi trofi musim ini dan kami percaya dapat melakukan. Hiddink mengubah wajah cabaran kami malam ini (malam tadi),” katanya.

_________________
RAMALAN TETAP RAMALAN, TAK SEMESTINYA TEPAT
www.hot4d.com
Back to top Go down
http://hot4d.com
Admin
Admin


Posts : 482
Join date : 23/05/2009
Location : KUCHING

PostSubject: Re: JADI LER UNTUK TAHUN NI DARIPADA TANGAN KOSONG   Sun May 31, 2009 7:43 am

TAHNIAH CHELSEA. Sleep

_________________
RAMALAN TETAP RAMALAN, TAK SEMESTINYA TEPAT
www.hot4d.com
Back to top Go down
http://hot4d.com
alien_workshop
PRIVATE
PRIVATE


Posts : 17
Join date : 28/05/2009
Age : 27
Location : saudi arabia

PostSubject: Re: JADI LER UNTUK TAHUN NI DARIPADA TANGAN KOSONG   Sun May 31, 2009 3:47 pm

tahniah chelsea n tahniah buat admin sbb sokong chelsea cheers cheers cheers cheers cheers cheers
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: JADI LER UNTUK TAHUN NI DARIPADA TANGAN KOSONG   Today at 6:32 am

Back to top Go down
 
JADI LER UNTUK TAHUN NI DARIPADA TANGAN KOSONG
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
HOT4D FORUM :: GENERAL :: SPORTS :: FOOTBALLS :: ENGLISH PREMIER LEAGUE-
Jump to: